𝙿𝚁𝙾𝙶𝚁𝙰𝙼 𝚉𝙸𝙰𝚁𝙰𝙷 𝙺𝙰𝚂𝙸𝙷 𝚂𝙴𝙼𝙿𝙴𝙽𝙰 𝙿𝙴𝙽𝚈𝙴𝚁𝙰𝙷𝙰𝙽 𝙺𝚄𝚁𝙽𝙸𝙰𝙰𝙽 𝙳𝚈𝙰𝙼 𝚃𝚄𝙽𝙺𝚄 𝙼𝙰𝙷𝙺𝙾𝚃𝙰 𝙹𝙾𝙷𝙾𝚁 𝙱𝙰𝙶𝙸 𝙱𝚄𝙻𝙰𝙽 𝙼𝙰𝙲 𝙵𝙰𝚂𝙰 𝟷 𝚃𝙰𝙷𝚄𝙽 𝟸𝟶𝟸𝟷 𝙳𝙰𝙴𝚁𝙰𝙷 𝙱𝙰𝚃𝚄 𝙿𝙰𝙷𝙰𝚃
Pada hari ini, YBhg. Tuan Haji Ismail bin Abu, Pegawai Daerah Batu Pahat telah hadir menyempurnakan Program Ziarah Kasih Sempena Penyerahan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor bagi Bulan Mac Fasa 1 Tahun 2021.
Lawatan pada hari ini melibatkan (3) keluarga penerima di Mukim Tanjung Sembrong sekitar Bandar Yong Peng.
Program lawatan ziarah kasih seumpama ini merupakan salah satu gerak usaha dalam membantu golongan sasaran iaitu mereka yang menghadapi kepayahan hidup, golongan kurang berkemampuan, dan kurang bernasib baik lebih-lebih lagi ketika menghadapi pandemik Covid-19. Ia akan diteruskan sepanjang tahun bagi membantu pihak yang memerlukan dari semasa ke semasa.
Pendekatan Ziarah Kasih ini juga selaras dengan teras strategik dibawah salah satu titik fokus Pejabat Daerah Batu Pahat iaitu 🅿𝗥𝗜𝗛𝗔𝗧𝗜𝗡.
Turut hadir, Yang Dipertua dan Setiausaha Majlis Daerah Yong Peng, Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Batu Pahat, Amin Baitulmal MAINJ Daerah Batu Pahat; Ketua Penolong Pegawai Daerah; Penolong-Penolong Pegawai Daerah; Ketua Penghulu; Penghulu Tinggi; Penghulu Mukim Tanjung Sembrong; Ketua-Ketua Kampung; dan wakil PUSPANITA Cawangan Daerah Batu Pahat.